LATAR BELAKANG TOKOH
Antara para sarjana Islam yang mengukir nama dan kegemilangan dalam bidang ini termasuklah Ibn Yunus al-Munajjim, seorang Arab Mesir berketurunan Yaman.
Nama penuh beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman ibn Ahmad ibn Yunus ibn Abdul A’la al-sadafi.Datuk beliau, Abdul-A’la ialah seorang ulama’. Begitu juga dengan bapa beliau, Yunus. Ibnu Yunus lahir pada tahun 348H./358M. dan meninggal pada tahun 399H/1009M.
Tidak ada catatan yang jelas tentang tarikh sebenar kelahiran beliau. Demikian juga dengan zaman muda yang telah beliau jalani. Ini kerana beliau tidak begitu dikenali kecuali sesudah terjalin hubungan yang rapat antara beliau dengan Kerajaan Fatimiah di Mesir.
Hasil dari hubungan yang rapat antara beliau dengan Kerajaan Fatimiah, Khalifah al-Aziz{M.386H/995M} telah meminta beliau menulis sebuah rajah penggerak cakerawala untuk kegunaan baginda sendiri. Begitu juga beliau kemudiannya telah diminta oleh khalifah yang sama untuk membina satu pusat kajian bintang di kotaKaherah.
Selain ilmu falak, Ibn Yunus juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang-bidang ilmu yang lain. Malahan beliau juga merupakan seorang yang kreatif dan penyair yang produktif.
HASIL KARYA.
Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk jam dinding.
Karyannya yang lain adalah”Kitab al-Mikail” tentang kemiringan matahari. Ia juga “Kitab at-Ta’dil al-Muhkam” yang mengetengahkan tentang gerhana matahari dan bulan. Di samping itu ia juga menulis beberapa uraian mengenai daftar bayang-bayang, daftar azimuth matahari, ukuran solat yang tentu saja semua ini merupakan sumbangan besar bagi ilmu pengetahuan. Dalam buku tersebut, beliau juga memperkatakan tentang teori-teori tentang perjalanan cakerawala oleh para sarjana yang terdahulu dan sezaman dengan beliau.
Dari observatorium yang terdapat di Jabal Muqattam, Ibnu Yunus berhasil menemukan rubu’ berlubang (Gunners quadrant) yang sering digunakan untuk mengukur gerak bintang. Tetapi lebih dari semua itu, nama Ibnu Yunus umumnya lebih masyhur lewat karya astronominya yang paling terkenal “Az-Zij al-Kabir al- Hakimi” atau “Zij IbnuYunus”, atau yang kini dikenal dengan nama “Hakemite Astronomical Table” yang sayangnya sebahagian di antaranya sulit ditemukan. Karya ini mulai ia susun pada tahun 380H/990M. Kemudian disempurnakan lagi di saat-saat menjelang akhir hayatnya. Zij yang terdiri terdiri dari empat jilid ini kemudiannya tersebar ke pelbagai penjuru dunia yang mutunya lebih tinggi dibanding karya Claudius Ptolemaios. Bahkan telah diterbitkan dalam berbagai bahasa.
SUMBANGAN TOKOH
Antara sumbangan yang lain beliau termasuklah mencipta berbagai-bagai kaedah penting dalam mengira kepantasan waktu. Kaedah-kaedah beliau ini telah banyak menjelaskan persoalan-persoalan tentang pergerakan cakerawala. Malahan , beliaulah yang mereka cipta batu jam.
Dalam bidang pergerakan bulan dan matahari, Ibn Yunus telah berjaya memperoleh hasil penyelidikan yang banyak hasil daripada kegiatan beliau di pusat penyelidikan yang beliau dirikan di Kaherah. Hasil-hasil ini telah beliau gunakan untuk tujuan dan kajian perbandingan semasa bergiat dalam bidang berkenaan.
Begitulah kehidupan dan sumbangan Ibnu Yunus yang merupakan satu lagi bintang kesarjanaan ilmu pada zaman kebangkitan Islam dalam bidang ilmu. Cuma apa yang berbeda ialah beliau hidup dan bergiat di Kaherah, tidak seperti orang lain, yang rata-rata tertumpu ke Baghdad, kota ilmu pada waktu itu.
Ibnu Yunus merupakan seorang Pakar Astronomi yang terulung di zaman itu. Hasil ciptaan beliau telah menjadi sumber rujukan utama buat ahli astronomi sekarang. Malahan beliau telah memberi impak yang besar dalam bidang astronomi untuk lebih maju terkedepan. Moga tokoh ini boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang untuk menjadi yang lebik baik dari yang dulu.
sumber : http://tokohislam2u.tripod.com/id6.html
sumber : http://tokohislam2u.tripod.com/id6.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar